Thursday, 20 April 2017

Better things are coming


Too busy with my master life. Stay positive, work hard, and make it happen.


Friday, 3 February 2017

Cantik Luar Cantik Dalam

Assalamualaikum.

cantik luar cantik dalam. macamana timbulnya idea nak buat tentang tajuk ni? actually pagi tadi i ada tengok satu video dekat facebook. sebenarnya video tu adalah salah satu talk show terbaru dekat astro which is Meja Bulat Sepahtu. baru episode pertama. seronok sangat. dalam melawak banyak yang kita boleh dapat dalam rancangan tu sebenarnya. okay hostnya macam biasa geng sepahtu jep, shuib dengan rahim, kelakar habis la 3 makhluk ni. and guest jemputannya adalah mira filzah and also fasha sandha. mestilah pilih orang2 yang cantik kan. tajuk pon pasal cantikkkkk.

apa maksud cantik luar cantik dalam ni? okay for me personally i agree dengan statement yang mira filzah cakap. dia cakap cantik luar depends on individu. masing2 dia punya perception tentang cantik tu berbeza. ada orang cakap yang kurus tu cantik. ada orang pulak dia cakap chubby tu cantik. so benda tu sangat la subjective. apa saja jawapan yang orang bagi tentang maksud cantik luar ni memang xda salah and xda betul. fasha sandha ada cakap yang setiap wanita tu semuanya cantik. masing2 ada kecantikan masing2 sebenarnya. tips kecantikan yang dikongsi oleh fasha sandha ialah dia minum air madu. so pakat2 la try minum ayaq maduuuuu lepas ni. I ada google apa khasiat air madu ni sebenarnya. memang banyak betul khasiatnya. memang bagus untuk melembabkan kulit, memelihara kecantikan kulit. so korang boleh google and baca la khasiat dia nanti.

selalunya bila kita tanya orang apa ciri2 lelaki/ perempuan yang dia pilih untuk dijadikan teman hidup dia. orang akan cakap yang dia xpilih rupa. tapi cukopla sekadar sedap mata memandang. yang penting hatiiii mau ikhlas. tu jawapan yang paling cliche la actually. pendapat i pulak cantik dengan perempuan tu memang xdapat dipisahkan. tanyalah perempuan mana pon bohongla kalau dia cakap dia xmau cantik. kecuali kalau dia tukaq jantina nak jadi boboi. so memang la dia xmau cantik kan sebab nnti xnmpak la machoooo. hahahhaha. so macam kita tahu banyak sangat produk kecantikan sekarang ni yang wujud kat malaysia. cakap je nak produk apa. nak bagi kulit putih, nak kurus, nak gemok, nak putih ketiak, nak tu nak ni. macam2 haa. so dinasihatkan untuk semua supaya pandai2 la pilih brand yang sesuai untuk kita. jangan ingat produk mahal tu kualiti tinggi. jangan pulak pakai produk murah sebab nak jimat duit. tapi at last korang la merana sebab muka dah jdi macam jalan tar. so please guys hati2 ye pilih produk. i pon sebenarnya sangat fanatik jugak la dengan kecantikan. banyak jugak produk yang dah try. collagen total image la, kcolly la, satin skinz la, shaklee la, dianz vitamin c la, vitamin c pahang pharmacy la. macam2. punca sebab nak cantikkk kan. so for me setiap produk tu ada kelebihan masing2. as long as u ambil produk secara consistent, minum ayaq secukopnya. so in shaa Allah la kulit boleh jadi gebu gebas. hahahhahaha. tapi sekarang ni bila meningkat usia and i pon xkerja lagi so duit pon xberapa nak ada. xdak la nak consume banyak2 supplement dah. i sebenarnya ada masalah nak membuang air besar. so one of my jiran suggest untuk ambil vco (virgin coconut oil) jenama treenea. alhamdullilah so far dah sebulan lebih i makan ni bangun pagi je terus pergi buat pelaburan. hahahahah. i xjual ehh vco ni. so bukan nak promote lah. tapi sangat sesuai la dengan i.
cenggini haa rupanya. so sapa nak try consume try la google sendiri macamana nak dapatkan produk ni okay. and untuk pencuci muka pulak. muka i memang oily. rasanya tahap boleh goreng ikan dah. hahahhahah. agak sensetif. sebelum ni pakai avene. tapi disebabkan harga dia agak mahal. so rakyat marhaen macam i ni xberapa nak mampu sangat. so sekarang ni i pakai himalaya sja. dah almost 1 year pakai himalaya ni. okay la highly recommended.

ni haa pencuci muka dia. yang 150 ml ni rasanya less than rm30 la harga dia. boleh la tahan 3-4 months jugak. sangat jimatttt. and again i xjual ehh benda ni and im not even dia punya duta produk pon. hahahhahah. saja je promote. p la cari sendiriii. bersepah ada jual benda ni. tesco ada watsons ada guardian ada. nasihat i xpayah la nak pakai produk2 yang pelik2 tu. takot nnti merana diri. 

okay untuk cantik dalam ni pon banyak jugak fahaman dia. ada orang dia tengok perangai. kalau dok tegedik sana tegedik sini sapa yang nak kan. tapi mungkin jugak ada orang nak. macam dalam cerita biar aku jadi penunggu tu yang janna nick dengan ashraf muslim belakon tu. ada sorang girl ni nama dia damia (lakonan miera liyana) ya Allah bukan takat gedik tapi jenis yang suka p club malam. tapi ada jugak sorang mamat ni memang tergila-gilakan dia. mamat ni xjahat okay. mamat ni baik. fazree nama dia (lupa nama betoi dia kat luaq tu apa. hahahhaha) fazree ni tahu perangai dia jenis p club malam, minum arak tapi still lagi nak dekat damia ni. jadi mungkin orang cakap semua tu dalam drama jeee. kalau kat dunia sebenaq ni benda tu xkan wujud punya. tapi sapa kita nak menidakkan benda tu? mana tahu mungkin ada laki yang macam tu. dan niat dia nak kahwin dengan minah gedik tu sebab dia nak bimbing minah tu ke jalan yang lurus dan diredhai Allah. Manusia berubah okay. kalau dia jahat xsemestinya dia akan jahat selamanya. mungkin satu hari nanti dia akan berubah dan akan jadi lebih baik dari kita. sapa tahu? di mata Allah dia lebih mulia dari kita. so jangan suka2 hati kita nak judge orang. jadi ustajahhh pulak. hahahhaha. 

hati tu kena la baikkkk. tu pon cantik dalam jugak sebenarnya. kalau cantik macamana sekali pon tapi kalau busuk hati, suka dendam dengan orang, suka iri hati at last dia akan jadi xcantik jugak. percayalahhhhhh. cantik luar cantik dalam ni kena seiring. tapi macamana kita nak tahu yang dia tu baik hati? thats the problem. kadang kita berkawan 10 tahun, 20 tahun tapi kita still xtahu perangai dia macamana. sebab manusia ni sifatnya berubah. jadi nak pilih pasangan tu kena sentiasa berdoa supaya kita dapat jodoh yang baik yang dapat membimbing kita di dunia ni in shaa Allah, dapat jadi kekasih di dunia dan di syurgaaaaaaaa. macam lirik lagu je. hahahhahah. orang yang cakap ni pon still x jumpak jodoh lagi. nasihat pandai la. hahahahahhah.

okay the end. till we meet again. Bye!

Thursday, 2 February 2017

Degree Journey :)

Assalamualaikum.

For today. I nak share pulak crita waktu zaman I ambek degree dulu. Habis je Diploma dekat UiTM Arau. I apply degree dekat Uitm. Uitm di hatiku dulu kini dan selamanya. acceeewahhh. hahahhahah

Alhamdullilah dapat smbung Degree in Statistics dekat Uitm Shah Alam. and disebabkan dulu I buat diploma dekat Uitm and smbung degree dekat Uitm so dapat pengecualian kredit utk subject2 tertentu. So degree ni terus lompat masuk sem 3. sem 1 sem 2 tu dah xdak la. Satu sem dekat Shah alam. then sem 4 smpaila sem 6 smbung dekat Seremban 3. knapa tetiba je tukaq kampus ni? sebab course I pindah p kampus baru dekat seremban 3. sempat la eden merasa haa dok dekat shah alam tu satu sem. dok tingkat 8 haa. nasib ada lif. huhuh

Then sem 4 tu bila pindah ke seremban 3 tu i duduk rumah sewa dgn classmate semua. sronok la. pahit manis kelat masam masin kenangan semua ada. hahahahahah. On last entry, I ada janji nak kongsi tips apa yang I buat sebelum nak p berperang nak jawab exam ni. okay of course la untuk semua students tanyalah sapa pon satu jawapan yg cliche kita mesti la baca buku kan. gila kau nak exam xbaca buku. hahahahahah. so baca buku tu memangla wajib. buat past sem, study group bagai tu xpayah cakap la. yang tu depends on individu tu la. ada orang dia xboleh study sorang2. dia kena study ramai2 baru apa dia baca tu cepat meresap ke dalam otak dia. ada orang pulak dia xboleh bising2. kalau boleh dia nak duduk dalam gua sorang2 xmau ada gangguan langsung so that dia boleh concentrate la baca apa yg patot. ada orang dia baca buku kena dengaq radio. xboleh kalau sunyi. macam2 style. kalau i pulak. hmmmm kalau subjek mengira tu boleh la bukak radio. tapi kalau subject baca xboleh. kan dah ckap hari tu kalau subject baca ni i fobia sikit. bukan sikit la tapi banyak. so bila nak exam subject baca kita lari balik rumah la. kononnya nak study dengan tenang. tapi bila balik rumah duduk membongkang atas katil xingat dunia. hahahahahah.

Usaha doa dan tawakal. tu semestinya benda yang kita kena buat. kita kena yakin dengan Allah s.w.t. berdoa supaya dalam exam Allah permudahkan kita untuk jawab soalan kita sentiasa tenang dan Allah lembutkan jugak hati lecturer yang nak marking paper kita tu nnti dan apa ja yang kita dapat mestilah redha. jgn nak complain pulak. dah kau usaha takat tu ja yang tu lah kau dapat kan. Satu bnda yg I slalu buat sejak zaman skolah, zaman diploma, zaman degree smpaila dah smbung master ni still lgi buat benda ni. dan i yakin apa yang buat ni jugak salah satu benda yang membuatkan I sentiasa tenang dan mudah time nak jawab exam.

Setiap kali nak test ke nak exam ke. I akan call 4 orang yang paling penting dalam hidup I minta depa doakan I supaya dipermudahkan urusan nak jawab exam. memang dah jadi rutin i will call mama papa tok jah (sbelah papa) and tok nah (sebelah mama). Tapi bila smbung master ni, tok jah dah xdak. memang sangat2 terasa dengan kehilangan dia. ada skali tu i tercall jugak dia. then bila letak phone dekat telinga then baru I realise yang tok dah xdak. sedih tu wajib. tapi I know that yang dia sentiasa ada tengok I dari jauh dan sentiasa doakan I. maybe orang lain pon buat jugak macam ni call parents every time nak exam minta restu kan. so sapa2 yang terasa dia xpernah buat tu tolongggg la buat. sangat membantu. doa parents kita tok nenek kita in shaa Allah akan memudahkan urusan kita.

selama 3 sem I dekat seremban 3. alhamdullilah everything okay. smpai sekarang rindu lagi dekat seremban. rindu sangat2 nak jalan2 kat sana. Alhamdullilah dalam bulan Julai 2015 macam tu la. I dah hbis dah sem 6 dekat seremban tu. balik aloq setaq smbung buat praktikal satu sem smpai januari 2016. then lebih kurang nak dekat setahun jugak la eden menunggu haa. October 2016 baru konvo. alhamdullilah sekali lagi dapat anugerah pelajar terbaik program. alhamdullilah. terima kasih mama papa. tok jah tok nah, adik beradik, family, lecturer, kawan2 and peminat I. ehh bajet retissss pulak. hahahahahah. and this award is definitely untuk semua yang sentiasa mendoakan kejayaan I. alhamdullilah again.



Alhamdullilah for this. Rasa macam nak nangis la time ni. Thank you Ya Allah. 
Dengan tulang belakang I sepanjang I hidup. Love you mama papa adik2 gue yang tersayang. adik laki sorang xboleh mai. keja kumpoi duit nak kawen. hahahahah

bestfriend dari skolah rendah sampaila sekarang. dah nak kawen kawan aku sorang ni. huhuh. Thank you nadia sayang for coming.


yang ni boleh dikatakan soulmate la jugak. hahahahah. classmate teammate roomate semua title depa pegang la. wana and aten. i love both of you. kenal dari zaman diploma sampaila sekarang.


minah ni girlfriend kita dunia akhirat. 
diploma sama course tapi degree dah xsama. tapi dia la idola gue. hahahahah. love you leen. (single lagi ni tapi sapa nak jadi laki dia kena jaga2 sebab dia tidoq ada bantai busuk lagi ni. hahahahahah)


okay the end. See you when I see you. mmmuahhhhh.

Wednesday, 1 February 2017

Diploma Journey :)

Assalamualaikum

I have planned so many years to write about my life journey. Apa yang I dah buat selama 25 tahun ni. But I don't have time to do that. So for now banyak masa terluang sempat la nak mnulis. I'm a master student. Currently study at Universiti Utara Malaysia. Anak jati Kedah Darul Aman. This year, I'm 25 years old. Still young maybe. I'm single and available of course. Hahahah.

Okay for this entry I would like to share crita tentang my university life. Its gonna be very longgggggggg story. After SPM, I sambung study di UiTM Arau Perlis in Diploma Kuantitatif Sains. Kalau tak salah dalam bulan Julai 2010 rasanya. Alhamdullilah every semester I dapat dekan. Dekat skolah dulu I bukannya excellent student sgt pon. SPM dapat 8A ja. Alhamdullilah. I rsa boleh survive dgn course ni sebab I minat sgt dgn calculation something like mathematics and what so ever.  Maybe ada yg tertanya-tanya what is quantitative science? sebenarnya dalam bahasa mudahnya ialah sains matematik la. Kalau rsa add math time SPM tu susah. Sebenarnya bila ambek course ni add math yg belajaq time SPM tu cuma chapter depan2 ja belajaq time first semester subject Pre calculus. Adik bradik calculus ni blajaq smpai sem 4 kot kalau xsalah. First sem tu pre Calculus. second sem Calculus 1, lepas tu Calculus II last skali Calculus III. Susah tu memang susah. Semua benda pon susah kan. So for me as long as kita minat dgn apa yg kita buat, kita rsa happy in shaa Allah semua akan dipermudahkan. Yang penting usaha, doa dan tawakal. Maybe after this I akan share tips utk belajar. Acah2 best student la sangat. Hahahahahah.

Satu yang I nak share kita ni ada macam2 jenis. Ada orang yang suka mengira. Ada orang suka membaca. Kalau bgi soalan mathematics dia hancusssss la. I pulak kalau mengira tu okay la I suka. Nak kata pro sgt tu xla. kalau 1+1 pon still nak tekan calculator lgi. hahahahhahahah. Tapi kalau nak suruh mengarang essay ka nak menghafal apa2 ka subject yg baca2 ni memang nangis la. Sebab apa ehh? Sebab I memang xsuka la baca2 ni. orang akan cakap i nangis2 cakap xboleh buat tapi still dapat A. wayangggggg je lebih. orang xtahu azabnya mcamana. I sorang je tahu. Bila mna I terlalu takot dgn bnda tu, i will be more focused. Fobia sgt. rasanya soalan yg memang fakta macam economy ka ctu ka memang i hapal jugak la. budak2 uitm tahulah ctu tu apa. dia macam pendidikan islam sikit la. sem 1 memang wajib ambek okay...

Syukur alhamdullilah segala penat lelah, menangis, ketawa selama almost 3 years dekat Uitm Arau. i dapat anugerah graduan terbaik for my programme. Bangga? I xrasa bangga dengan anugerah tu sebab for me everyone yang dapat habiskan dia punya diploma ni semuanya bagus2. xda yang lebih xda yang kurang. Semuanya sama. I dedicate this award for my parents. Slama 3 tahun I duduk dekat Arau. Setiap minggu I akan balik rumah to see my parents. Kalau I xbalik, parents I yang akan p sana. They always be with me whenever I need them. Restu mak bapak tu yang paling penting skali! paling okay. I mention lagi skali paling penting. Maybe next time I will share I punya amalan everytime nak exam. Apa yang I  buat selama ni smpai skrg i still buat bnda ni. I rsa bnda ni sgt membantu I  memudahkan perjalanan sepanjang pengajian I. rasa macam pakar motivasi pulak. Hahahahah. Next time okay I will share it. In shaa Allah.



Selempang? I never dream for that. Alhamdullilah I got chance to wear that selempanggggg. hmmm rsa macam nak pelempang tak. Bukan nak riak. Tapi u know that feeling when kita dah susah payah belajar bagai nak gila (nasib baik la xgila lagi) and one day bila ada orang announce "Penganugerahan ini didahului oleh penerima anugerah graduan terbaik program serta penerima anugerah naib chancelor. Wan Aznie Fatihah Binti Wan Abd Jalil" rasa meremang bulu2. xtahu nak cakap apa. I will not be there kalau bukan disebabkan my parents, my family, lecturer2 yang mengajar, and kawan2 semua. Next next time (banyak betul nextnya. hahahahah) I akan kongsi crita tentang my friends pulak. macam2 nak crita. Joyah betol. hahahahhah

Okay then. tamatlah sudah I punya crita tentang kehidupan I as diploma student dekat Uitm Arau. Maybe next entry I will share crita I ambek degree pulak. In shaa Allah. 

Thank you guys for reading. Harap yang membaca tu ada la terbakar semangatnya utk belajar lebih lagi to achieve anything that you want in your life that will make your parents really proud of you.