Thursday, 2 February 2017

Degree Journey :)

Assalamualaikum.

For today. I nak share pulak crita waktu zaman I ambek degree dulu. Habis je Diploma dekat UiTM Arau. I apply degree dekat Uitm. Uitm di hatiku dulu kini dan selamanya. acceeewahhh. hahahhahah

Alhamdullilah dapat smbung Degree in Statistics dekat Uitm Shah Alam. and disebabkan dulu I buat diploma dekat Uitm and smbung degree dekat Uitm so dapat pengecualian kredit utk subject2 tertentu. So degree ni terus lompat masuk sem 3. sem 1 sem 2 tu dah xdak la. Satu sem dekat Shah alam. then sem 4 smpaila sem 6 smbung dekat Seremban 3. knapa tetiba je tukaq kampus ni? sebab course I pindah p kampus baru dekat seremban 3. sempat la eden merasa haa dok dekat shah alam tu satu sem. dok tingkat 8 haa. nasib ada lif. huhuh

Then sem 4 tu bila pindah ke seremban 3 tu i duduk rumah sewa dgn classmate semua. sronok la. pahit manis kelat masam masin kenangan semua ada. hahahahahah. On last entry, I ada janji nak kongsi tips apa yang I buat sebelum nak p berperang nak jawab exam ni. okay of course la untuk semua students tanyalah sapa pon satu jawapan yg cliche kita mesti la baca buku kan. gila kau nak exam xbaca buku. hahahahahah. so baca buku tu memangla wajib. buat past sem, study group bagai tu xpayah cakap la. yang tu depends on individu tu la. ada orang dia xboleh study sorang2. dia kena study ramai2 baru apa dia baca tu cepat meresap ke dalam otak dia. ada orang pulak dia xboleh bising2. kalau boleh dia nak duduk dalam gua sorang2 xmau ada gangguan langsung so that dia boleh concentrate la baca apa yg patot. ada orang dia baca buku kena dengaq radio. xboleh kalau sunyi. macam2 style. kalau i pulak. hmmmm kalau subjek mengira tu boleh la bukak radio. tapi kalau subject baca xboleh. kan dah ckap hari tu kalau subject baca ni i fobia sikit. bukan sikit la tapi banyak. so bila nak exam subject baca kita lari balik rumah la. kononnya nak study dengan tenang. tapi bila balik rumah duduk membongkang atas katil xingat dunia. hahahahahah.

Usaha doa dan tawakal. tu semestinya benda yang kita kena buat. kita kena yakin dengan Allah s.w.t. berdoa supaya dalam exam Allah permudahkan kita untuk jawab soalan kita sentiasa tenang dan Allah lembutkan jugak hati lecturer yang nak marking paper kita tu nnti dan apa ja yang kita dapat mestilah redha. jgn nak complain pulak. dah kau usaha takat tu ja yang tu lah kau dapat kan. Satu bnda yg I slalu buat sejak zaman skolah, zaman diploma, zaman degree smpaila dah smbung master ni still lgi buat benda ni. dan i yakin apa yang buat ni jugak salah satu benda yang membuatkan I sentiasa tenang dan mudah time nak jawab exam.

Setiap kali nak test ke nak exam ke. I akan call 4 orang yang paling penting dalam hidup I minta depa doakan I supaya dipermudahkan urusan nak jawab exam. memang dah jadi rutin i will call mama papa tok jah (sbelah papa) and tok nah (sebelah mama). Tapi bila smbung master ni, tok jah dah xdak. memang sangat2 terasa dengan kehilangan dia. ada skali tu i tercall jugak dia. then bila letak phone dekat telinga then baru I realise yang tok dah xdak. sedih tu wajib. tapi I know that yang dia sentiasa ada tengok I dari jauh dan sentiasa doakan I. maybe orang lain pon buat jugak macam ni call parents every time nak exam minta restu kan. so sapa2 yang terasa dia xpernah buat tu tolongggg la buat. sangat membantu. doa parents kita tok nenek kita in shaa Allah akan memudahkan urusan kita.

selama 3 sem I dekat seremban 3. alhamdullilah everything okay. smpai sekarang rindu lagi dekat seremban. rindu sangat2 nak jalan2 kat sana. Alhamdullilah dalam bulan Julai 2015 macam tu la. I dah hbis dah sem 6 dekat seremban tu. balik aloq setaq smbung buat praktikal satu sem smpai januari 2016. then lebih kurang nak dekat setahun jugak la eden menunggu haa. October 2016 baru konvo. alhamdullilah sekali lagi dapat anugerah pelajar terbaik program. alhamdullilah. terima kasih mama papa. tok jah tok nah, adik beradik, family, lecturer, kawan2 and peminat I. ehh bajet retissss pulak. hahahahahah. and this award is definitely untuk semua yang sentiasa mendoakan kejayaan I. alhamdullilah again.



Alhamdullilah for this. Rasa macam nak nangis la time ni. Thank you Ya Allah. 
Dengan tulang belakang I sepanjang I hidup. Love you mama papa adik2 gue yang tersayang. adik laki sorang xboleh mai. keja kumpoi duit nak kawen. hahahahah

bestfriend dari skolah rendah sampaila sekarang. dah nak kawen kawan aku sorang ni. huhuh. Thank you nadia sayang for coming.


yang ni boleh dikatakan soulmate la jugak. hahahahah. classmate teammate roomate semua title depa pegang la. wana and aten. i love both of you. kenal dari zaman diploma sampaila sekarang.


minah ni girlfriend kita dunia akhirat. 
diploma sama course tapi degree dah xsama. tapi dia la idola gue. hahahahah. love you leen. (single lagi ni tapi sapa nak jadi laki dia kena jaga2 sebab dia tidoq ada bantai busuk lagi ni. hahahahahah)


okay the end. See you when I see you. mmmuahhhhh.

No comments:

Post a Comment