cantik luar cantik dalam. macamana timbulnya idea nak buat tentang tajuk ni? actually pagi tadi i ada tengok satu video dekat facebook. sebenarnya video tu adalah salah satu talk show terbaru dekat astro which is Meja Bulat Sepahtu. baru episode pertama. seronok sangat. dalam melawak banyak yang kita boleh dapat dalam rancangan tu sebenarnya. okay hostnya macam biasa geng sepahtu jep, shuib dengan rahim, kelakar habis la 3 makhluk ni. and guest jemputannya adalah mira filzah and also fasha sandha. mestilah pilih orang2 yang cantik kan. tajuk pon pasal cantikkkkk.
apa maksud cantik luar cantik dalam ni? okay for me personally i agree dengan statement yang mira filzah cakap. dia cakap cantik luar depends on individu. masing2 dia punya perception tentang cantik tu berbeza. ada orang cakap yang kurus tu cantik. ada orang pulak dia cakap chubby tu cantik. so benda tu sangat la subjective. apa saja jawapan yang orang bagi tentang maksud cantik luar ni memang xda salah and xda betul. fasha sandha ada cakap yang setiap wanita tu semuanya cantik. masing2 ada kecantikan masing2 sebenarnya. tips kecantikan yang dikongsi oleh fasha sandha ialah dia minum air madu. so pakat2 la try minum ayaq maduuuuu lepas ni. I ada google apa khasiat air madu ni sebenarnya. memang banyak betul khasiatnya. memang bagus untuk melembabkan kulit, memelihara kecantikan kulit. so korang boleh google and baca la khasiat dia nanti.
selalunya bila kita tanya orang apa ciri2 lelaki/ perempuan yang dia pilih untuk dijadikan teman hidup dia. orang akan cakap yang dia xpilih rupa. tapi cukopla sekadar sedap mata memandang. yang penting hatiiii mau ikhlas. tu jawapan yang paling cliche la actually. pendapat i pulak cantik dengan perempuan tu memang xdapat dipisahkan. tanyalah perempuan mana pon bohongla kalau dia cakap dia xmau cantik. kecuali kalau dia tukaq jantina nak jadi boboi. so memang la dia xmau cantik kan sebab nnti xnmpak la machoooo. hahahhaha. so macam kita tahu banyak sangat produk kecantikan sekarang ni yang wujud kat malaysia. cakap je nak produk apa. nak bagi kulit putih, nak kurus, nak gemok, nak putih ketiak, nak tu nak ni. macam2 haa. so dinasihatkan untuk semua supaya pandai2 la pilih brand yang sesuai untuk kita. jangan ingat produk mahal tu kualiti tinggi. jangan pulak pakai produk murah sebab nak jimat duit. tapi at last korang la merana sebab muka dah jdi macam jalan tar. so please guys hati2 ye pilih produk. i pon sebenarnya sangat fanatik jugak la dengan kecantikan. banyak jugak produk yang dah try. collagen total image la, kcolly la, satin skinz la, shaklee la, dianz vitamin c la, vitamin c pahang pharmacy la. macam2. punca sebab nak cantikkk kan. so for me setiap produk tu ada kelebihan masing2. as long as u ambil produk secara consistent, minum ayaq secukopnya. so in shaa Allah la kulit boleh jadi gebu gebas. hahahhahaha. tapi sekarang ni bila meningkat usia and i pon xkerja lagi so duit pon xberapa nak ada. xdak la nak consume banyak2 supplement dah. i sebenarnya ada masalah nak membuang air besar. so one of my jiran suggest untuk ambil vco (virgin coconut oil) jenama treenea. alhamdullilah so far dah sebulan lebih i makan ni bangun pagi je terus pergi buat pelaburan. hahahahah. i xjual ehh vco ni. so bukan nak promote lah. tapi sangat sesuai la dengan i.
cenggini haa rupanya. so sapa nak try consume try la google sendiri macamana nak dapatkan produk ni okay. and untuk pencuci muka pulak. muka i memang oily. rasanya tahap boleh goreng ikan dah. hahahhahah. agak sensetif. sebelum ni pakai avene. tapi disebabkan harga dia agak mahal. so rakyat marhaen macam i ni xberapa nak mampu sangat. so sekarang ni i pakai himalaya sja. dah almost 1 year pakai himalaya ni. okay la highly recommended.
ni haa pencuci muka dia. yang 150 ml ni rasanya less than rm30 la harga dia. boleh la tahan 3-4 months jugak. sangat jimatttt. and again i xjual ehh benda ni and im not even dia punya duta produk pon. hahahhahah. saja je promote. p la cari sendiriii. bersepah ada jual benda ni. tesco ada watsons ada guardian ada. nasihat i xpayah la nak pakai produk2 yang pelik2 tu. takot nnti merana diri.
okay untuk cantik dalam ni pon banyak jugak fahaman dia. ada orang dia tengok perangai. kalau dok tegedik sana tegedik sini sapa yang nak kan. tapi mungkin jugak ada orang nak. macam dalam cerita biar aku jadi penunggu tu yang janna nick dengan ashraf muslim belakon tu. ada sorang girl ni nama dia damia (lakonan miera liyana) ya Allah bukan takat gedik tapi jenis yang suka p club malam. tapi ada jugak sorang mamat ni memang tergila-gilakan dia. mamat ni xjahat okay. mamat ni baik. fazree nama dia (lupa nama betoi dia kat luaq tu apa. hahahhaha) fazree ni tahu perangai dia jenis p club malam, minum arak tapi still lagi nak dekat damia ni. jadi mungkin orang cakap semua tu dalam drama jeee. kalau kat dunia sebenaq ni benda tu xkan wujud punya. tapi sapa kita nak menidakkan benda tu? mana tahu mungkin ada laki yang macam tu. dan niat dia nak kahwin dengan minah gedik tu sebab dia nak bimbing minah tu ke jalan yang lurus dan diredhai Allah. Manusia berubah okay. kalau dia jahat xsemestinya dia akan jahat selamanya. mungkin satu hari nanti dia akan berubah dan akan jadi lebih baik dari kita. sapa tahu? di mata Allah dia lebih mulia dari kita. so jangan suka2 hati kita nak judge orang. jadi ustajahhh pulak. hahahhaha.
hati tu kena la baikkkk. tu pon cantik dalam jugak sebenarnya. kalau cantik macamana sekali pon tapi kalau busuk hati, suka dendam dengan orang, suka iri hati at last dia akan jadi xcantik jugak. percayalahhhhhh. cantik luar cantik dalam ni kena seiring. tapi macamana kita nak tahu yang dia tu baik hati? thats the problem. kadang kita berkawan 10 tahun, 20 tahun tapi kita still xtahu perangai dia macamana. sebab manusia ni sifatnya berubah. jadi nak pilih pasangan tu kena sentiasa berdoa supaya kita dapat jodoh yang baik yang dapat membimbing kita di dunia ni in shaa Allah, dapat jadi kekasih di dunia dan di syurgaaaaaaaa. macam lirik lagu je. hahahhahah. orang yang cakap ni pon still x jumpak jodoh lagi. nasihat pandai la. hahahahahhah.
okay the end. till we meet again. Bye!